Powered By Blogger

Q.U.R.A.I.S.Y.A.H

Q.U.R.A.I.S.Y.A.H
Just smile and the world will smile along with you...

A

Abadan Abada..

Abadan Abada..

About Me

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
***ALLAH The Almighty... *** Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... ***TEACHER to be..... insyaallah*** Agi idup agi ngelaban~ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ..(¯`v´¯)..♥ Allah i'm simple...but sElAMber.....choosy..but not too much....happy and GILE-GILE.... ***Hidup ni macam main MAHJUNG, yg KALAH balik; yg MENANG steady, yg BIJAK disanjung; yg NGOK balik study.......♥♥♥ P/s: . Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan Hidup..... ……..♥..…♥ …..♥..…♥ …♥..….♥ .. ♥.…♥.♥……♥… ……♥..….♥ ♥..♥….♥…. ♥ ♥.. …♥….♥. ♥ . ♥..…♥..♥…♥ .. ♥ ♥…♥ …♥….…♥ …..♥……♥ ……..♥….…♥ ………..♥…♥ ……………♥…….♥ ………………♥..…♥ …………………♥…..♥ ………………….♥..♥ ...................♥ ...Allah...~

Thursday, January 24, 2013

Kisah Anai-Anai dan Nabi Sulaiman a.s



    Nabi Sulaiman a.s dikurniakan oleh Allah s.w.t kelebihan memahami bahasa haiwan dan menjadikan golongan jin sebagai khadam dalam kerajaan baginda. Mereka boleh membina istana dan rumah dalam masa yang singkat. Mereka juga boleh bekerja di dasar laut. Nabi Sulaiman a.s sangat kaya. Baginda boleh membina masjid dengan lapisan emas. Semua kerja pembinaan ini dilakukan oleh para jin.

       Aku seekor anai-anai yang gemar memakan kayu. Aku tinggal berkumpulan di bawah tanah. Sebenarmya aku ditakdirkan supaya mejadi bukti bahawa jin tidak mengetahui perkara-perkara ghaib kecuali Allah s.w.t sahaja. Pada suatu hari, ketika aku sedang terbang salah satu sayapku tertanggal. Aku pun terjatuh di atas mihrab Nabi Sulaiman a.s. Aku terus merayap di kawasan sekitarnya. Aku berasa terpegun melihat seluruh mihrab itu.


    Ketika itu aku melihat Nabi Sulaiman a.s berada di singgahsana sambil meletakkan dagunya pada tongkat yang di pegangnya. Sesiapapun tidak berani melintasi mihrab itu semasa baginda sedang beribadat. Aku melihat disekeliling mihrab terdapat para jin sedang sibuk bekerja mereka berasa sangat takut kepada Nabi Sulaiman a.s. sedang memerhati mereka. 

    Aku kemudian merayap perlahan-lahan di hadapan mihrab itu. "Salam sejahtera ke atas Raja Sulaiman a.s yang bijaksana. Patik terjatuh di sini dan tidak tahu di manakah pintu keluarnya" Bisik aku kepada baginda. Nabi Sulaiman a.s tidak menjawab salamku. Aku berasa hairan lalu aku menguatkan suaraku. Aku mendongak ke arah baginda. Kedua-dua matanya terbuka memandang ke arah lantai tanpa berkelip. "Mungkin Nabi Sulaiman a.s sedang khusyuk dalam sembahyang". Kataku. Aku bergerak ke arah hadapan dan semakin menghampiri baginda.  Aku berasa sangat lapar sedangkan tiada apa-apa yang boleh aku makan kecuali tongkat baginda.

   
"Wahai tuanku, aku berasa sangat lapar. Hanya tongkat tempat tuanku bersandar sahaja yang boleh dijadikan makananku," rayuku dengan suara yang lemah. Aku sabar menanti di sisi Nabi Sulaiman a.s sehinggalah tiba waktu Subuh. Aku lihat baginda masih tidak bergerak disitu. Aku merasa hairan. Tiba-tba aku dapat merasakan bahawa Nabi Sulaiman a.s sudah wafat. Aku pun berdoa ke atas rohnya. Aku menghampiri tongkat baginda yang akan menjadi santapanku hari ini. Aku pun memakan tongkat Nabi Sulaiman a.s. Tiada sesiapapun menyedari tentang kewafatan baginda. Aku makan sebahagian daripada tongkat itu hanya dalam beberapa hari sahaja. 

    Akhirnya, tubuh Nabi Sulaiman a.s bergerak dengan tiba-tiba dan baginda pun rebah. Aku tidak berniat untuk melakukan perkara tersebut. Sebaik sahaja Nabi Sulaiman a.s rebah, jin yang sedang bekerja berasa sangat terkejut. Rupa-rupanya selama ini jin itu bekerja tanpa mengetahui kematian baginda. Kejadian ini membuktikan bahawa hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu perkara ghaib.

MORAL: Hanya Allah s.w.t yang mengetahui segala-galanya dan kita harus berserah kepadaNya.