SUMBER OMEGA 3 SELAIN IKAN? BERITA BAIK UNTUK VEGETERIAN
Salah satu sumber Omega 3 terbaik datangnya daripada makanan laut.Jadi bagaimana mereka mengamalkan kaedah vegeterian boleh mendapatkan khasiat ini???......jawapannya ialah dengan mengambil kapsul minyak 'algae'. Dalam kajian ynag diterbitkan dalam Journal of The America Dietetic Association mendapati suplemen 'algae' mampu meberi kebaikan melindungi jantung sama seperti apa yang diperolehi daripada kepingan ikan. Selepas mengambil 600 mg kapsul selama seminggu , anda akan mendapati tahap darah pada asid lemak akan meningkat sama seperti anda mengambil ikan salmon......
Kopi tingkatkan Metabolisme?
Benar! ia akan memberikan aksi terbaik terutama jika anda mengambilnya secara asli (tanpa campuran susu dan krimer). Kafein merangsang sistem saraf dan memberikan petunjuk kepada tubuh untuk membebaskan sedikit sumber tenaga daripada simpanannya , kata Paul Arciero,Ph D dan professor madya sains sukan dari Skidmore College..
Brokoli baik untuk Tulang....
Brokoli adalah salah satu sumber vitamin K yang baik. Satu kajin di Perancis mendapati mereka yang mengambil brokoli mampu mengekalkan kesihatan tulang . Dalam kata lain , kekurangan vitamin K dapat merangsang terjadinya masalah kereputan tulang.