Powered By Blogger

Q.U.R.A.I.S.Y.A.H

Q.U.R.A.I.S.Y.A.H
Just smile and the world will smile along with you...

A

Abadan Abada..

Abadan Abada..

About Me

My photo
Klang, Selangor, Malaysia
***ALLAH The Almighty... *** Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... ***TEACHER to be..... insyaallah*** Agi idup agi ngelaban~ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ..(¯`v´¯)..♥ Allah i'm simple...but sElAMber.....choosy..but not too much....happy and GILE-GILE.... ***Hidup ni macam main MAHJUNG, yg KALAH balik; yg MENANG steady, yg BIJAK disanjung; yg NGOK balik study.......♥♥♥ P/s: . Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan Hidup..... ……..♥..…♥ …..♥..…♥ …♥..….♥ .. ♥.…♥.♥……♥… ……♥..….♥ ♥..♥….♥…. ♥ ♥.. …♥….♥. ♥ . ♥..…♥..♥…♥ .. ♥ ♥…♥ …♥….…♥ …..♥……♥ ……..♥….…♥ ………..♥…♥ ……………♥…….♥ ………………♥..…♥ …………………♥…..♥ ………………….♥..♥ ...................♥ ...Allah...~

Sunday, March 20, 2011

AKU x CoOL???.....kau COOL ke ...??? PiliH kawan......

  by : REMAJA

         hye all...k kli ni segmen anda mau dikenali sebagai remaja COOL??? hmm.. lets see..





1. Hindari Sebelum Terlambat....

Dalam Islam, Kita digalakkan menghindar sebelum terlambat..kalau sudah terjebak susah nak patah balik. Sebagai remaja naluri ingin mencuba sememangnya kuat, namun sebelum mencuba , cubalah fikir-fikir dahulu sebagai remaja yang waras,perlu bersedia dengan segala macam bahaya dan akibat dari sesuatu perbuatan. so jangan lah mencuba sesuatu yang sia-sia...




2. Memilih KAWAN Yang Baik...

Kebanyakan kes jenayah dalam kalangan remaja akibat pengaruh kawan. Sebagai remaja sealau didorong dengan rasa mahu berkawan dan diterima dalam satu kelompok. Kadangkala dengan budak nakal, kita rasa hebat, diri diterima malah ini menolong menjadi seorang remaja yang mudah terjebak dengan jenayah dan sebagainya. Rasulullah sendiri menegaskan bahawa dalam hadis riwayat Muslim,  

"Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan dengan orang jahat tidak ubah seperti berkawan dengan penjual minyak wangi, atau tukang tiup api di bengkel tukang besi. Jika berkwan dengan penjual minyak wangi, adakalanya kita akan dipalit minyak wangi, atau kita beli daripadanya,atau setidak-tidaknya kita dapat mencium harumannya. Jika berkawan dengan peniup api,adakalanya pakaian kita boleh terbakar atau setidak-tidaknya boleh tercium
bau busuk." 
         
  Hadis ini menjadi garis panduan bagi kita dalam memilih kawan kita sebenarnya adalah cermin peribadi kita juga.


3. Belum Terlambat...

Bagi yang sudah terjebak , masih belum terlambat lagi untuk kembali ke pangkal jalan.dalam hadis riwayat Bukhari, ada kisah seorang pemuda yang membunuh 99 orang . Suatu ketika dia mendapat hidayah dari Allah s.w.t dan ingin berubah. Pemuda ini bertemu dengan seorang pendita untuk bertanya pandangannya.Pendeta itu memberikan jawapan yang negatif, bahawa pemuda itu tiada harapan lagi untuk kembali. Mara mendengar jawapan itu, pemuda itu terus membunuh pendeta berkenaan, menjadikan bilangan mangsnya 100 orang.. Namun pemuda itu masih mahu berubah lalu dia pergi menemui seorang ulama. Ulama itu menasihati pemuda itu dengan memberikan harapan bahawa pintu taubat masih tidk pernah tertutup.Pemuda itu disarankan supaya pergi ke suatu negeri yang penduduknya menyembah Allah. Malangnya, dalam perjalanan, dia telah jatuh sakit dan meninggal dunia .



                   Malaikat rahmat dan malaikat azab berebut mahu menganbil mayatnya. Alasan malaikat rahmat, pemuda itu sudah bertaubat dan dalam perjalanan kearah kebaikan. Malaikat azab pula memberikan alasan bahawa pemuda itu belum pernah melakukan kebaikan. Allah utuskan malaikat lain untuk menjadi pendamai. Malaikat alin mencadangkan supaya diukur jarak antara negeri yang ditinggalkan dengan destinasi yang dituju. Jika lebih dekat dengan negeri asalnya, bermakna pemuda ini masih jauh dari kebaikan. Jika sudah dekat dengan destinasi, bermakna dia sudah berada diambang kebaikan. Selepas diukur, ternyata pemuda itu memang sudah dekat dengan destinasi  yang dituju. Akhirnya pemuda itu jadi milik malaikat rahmat..Lihat betapa indahnya jika kita dapat kembali ke pangkal jalan.... Segala isi dilangit dan dibumi sentiasa berzikir dan berdoa kepada orang yang sentiasa bertaubat dan kearah kebaikan..wslm..